Saturday 5 March 2016

My Europe Trip Part II

Assalamualaikum,

Switzerland...negara yang kaya dengan gunung dan famous di kalangan orang yang suka bermain ski. Well, as for me tak sabar nak main salji ja..nak berski bagai memang tak reti la..Perjalanan dari Paris ke Interlaken OST, Switzerland lebih kurang 6 jam menaiki train. Pemandangan sepanjang perjalanan ni memang H tak tipu sangat cantik. Kita boleh lihat kawasan ladang yang luas lepas tu nampak lembu, kambing biri2 tengah ragut rumput. Ya Allah SubhanaAllah macam tengok lukisan ja tak percaya dapat jugak melihat kebesaran Allah di negara orang.



Dari stesen Gare Lyon, Paris kena singgah dekat stesen Basel SBB. Dari stesen tu barulah beli tiket ke stesen Interlaken OST. Tak da direct train dari Paris ke Interlaken OST ni. Kebetulan masa kami sampai di Basel, ada train yang lagi 10 minit nak jalan dah so berkejaran la kami nak kejar tukar platform dengan beg besar2 ni. That is the best part about travelling by ourselves. Banyak cabaran..hehe





 Dari stesen Interlaken OST, cuma walking distance ja ke hostel yang kami sewa. Konsep Youth hostel ni memang macam asrama la..wifi cuma ada dekat kawasan lobby and tidak dibenarkan masak. Tapi since kami memang travel bawak periuk nasi kena curi2 la masak. Tapi nasib tak baik masa hari kedua kami pergi ke Jungraujoch, cleaner masuk bilik dan nampak periuk nasi kami then diorang simpan sampai checkout baru pulangkan balik..haih salah kami jugak la tak sorokkan.

Ni lah hostel kami betul2 mengadap Swiss Alps
Petang tu kami jalan2 dekat kawasan town ni. Kecil ja kawasan town ni pusing dua kali dah boleh hafal dah jalan dia kat sini. Bersih ja town dia dan orang2 dia memang peramah. Tapi nak shopping dekat sini memang agak mahal sikit sebab duit Swiss France pun memang tinggi dari Euro. So, jalan cuci mata jelah. Swiss memang terkenal dengan brand jam dan sepanjang jalan penuh dengan kedai jam. 







Esoknya kami p naik gunung Jungfraujoch, kat sini la tempat nak main salji..eee..tashabarnyerr..makin lama daki semakin nampak kawasan salji lagi la excited. Bukan main lagi guling2 atas salji sampai basah habis seluar. Sejuk tak payah cakap la mengigil ni pegang salji..yang penting dapat jugak pegang salji..hahaha











Haa..lepas dah main salji, lapar la apa lagi sejuk2 gini.. nak makan kt cafe dekat situ memang tak halal la so kami dh prepare bekalan nasi goreng makan dengan seruding. Tapi terpaksa la makan dekat penjuru beramai2


Memang pengalaman paling berharga pergi ke Swiss. So far the most beautiful country I have ever seen. Kalau boleh nak pergi honeymoon dekat sini boleh future husband?*hahaha..okay melawak ja nanti lari orang xnak kawin dengan i..So till then next europe trip to Frankfurt, busy city and only one night stay at Frankfurt.

Thanks for reading my entry!!!


0 comments:

Post a Comment