Saturday 19 September 2015

Istanbul Hana Datang!! Part 3

Assalamualaikum,

Sambung entry trip Istanbul kali ni dengan lawatan H and family ke Topkapi Palace. Kami spend the whole day kat sini melawat keseluruhan kawasan yg dahulunya menjadi kediaman rasmi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun. Pada tahun 1924, presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium.

Bayaran nak masuk Topkapi Palace ni sebanyak 30 TL seorang. Memang H cadangkan sesiapa yang pergi ke Istanbul wajib melawat tempat ni. Sangat berbaloi!!








Paling best ialah dapat tengok janggut Rasulullah S.A.W and baju2 sahabat nabi. Semuanya di simpan di sini. Sejarah2 Islam semasa zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah pun banyak diceritakan di sini terutamanya harta rampasan perang dan hadiah2 dari Queen Elizabeth dan beberapa kerajaan lain yang masih disimpan rapi walaupun dah berusia ratusan tahun.

Kebetulan nak dijadikan cerita, dompet kakak ipar H tertinggal di hotel kt Bursa. Nasib baik orang hotel yang kemas bilik terjumpa and contact abang H then semasa nak uruskan postage dompet tu dari Bursa ke Istanbul kami terserempak dengan family dari Malaysia yang juga kebetulan kawan abang hana..hahaha..what a small world. Sempat bergambar dulu dengan family ni.
Gambar ni di ambil di depan apartmen yang kami sewa

Petang tu mula la aktiviti H and family shopping dekat Grand Bazaar iaitu tempat shopping yang terbesar dan terluas di Istanbul ni..Boleh sesat kalau x ingat jalan sebab dia ada banyak gate yang boleh masuk. Memang rambang mata nak pilih souvenir kt sini tapi yang penting kena pandai tawar menawar baru la dapat harga murah.




Ni buah delima yang dijadikan jus..Memang masam gilaaaa!!!






Selesai shopping keesokan harinya kami melawat Blue Mosque. Pagi2 lagi kami dh keluar sebab takut ramai orang beratur nak masuk kat dalam Blue Mosque ni. Alhamdulillah H and family berpeluang solat sunat dhuha kt Blue Mosque..Tak tergambar perasaan bila masuk dalam Blue Mosque..Keindahan jubin2 dinding masjid and kubah tersangat la cantik sampai nak menangis masa tengok..Kagumnya melihat rumah Allah ni..SubhanaAllah..












Lepas tu kami terus melawat Hagia Sophia yang kini dijadikan museum. Sebelum ini Hagia Sophia ialah sebuah gereja bagi umat empayar Kristian Timur(Byzantine). Selepas jatuh ke tangan tentera Islam, Hagia Sophia dijadikan masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia. 




 Dan dengan itu berakhir lah trip H and family di Istanbul..Masa nak balik macam biasa la beg beranak pinak banyak souvenir dari Istanbul. Last but least, banyak kenangan pahit dan manis H and family semasa berada di negara Turki ni. Tapi Alhamdulillah walaupun last minute, H berjaya plan trip ni without tourist guide. So..sampai di sinilah entry trip ke Istanbul..Stay tuned for our next family trip!!

Thanks for reading my entry!!




0 comments:

Post a Comment