Saturday 5 March 2016

My Europe Trip Part II

Assalamualaikum,

Switzerland...negara yang kaya dengan gunung dan famous di kalangan orang yang suka bermain ski. Well, as for me tak sabar nak main salji ja..nak berski bagai memang tak reti la..Perjalanan dari Paris ke Interlaken OST, Switzerland lebih kurang 6 jam menaiki train. Pemandangan sepanjang perjalanan ni memang H tak tipu sangat cantik. Kita boleh lihat kawasan ladang yang luas lepas tu nampak lembu, kambing biri2 tengah ragut rumput. Ya Allah SubhanaAllah macam tengok lukisan ja tak percaya dapat jugak melihat kebesaran Allah di negara orang.



Dari stesen Gare Lyon, Paris kena singgah dekat stesen Basel SBB. Dari stesen tu barulah beli tiket ke stesen Interlaken OST. Tak da direct train dari Paris ke Interlaken OST ni. Kebetulan masa kami sampai di Basel, ada train yang lagi 10 minit nak jalan dah so berkejaran la kami nak kejar tukar platform dengan beg besar2 ni. That is the best part about travelling by ourselves. Banyak cabaran..hehe





 Dari stesen Interlaken OST, cuma walking distance ja ke hostel yang kami sewa. Konsep Youth hostel ni memang macam asrama la..wifi cuma ada dekat kawasan lobby and tidak dibenarkan masak. Tapi since kami memang travel bawak periuk nasi kena curi2 la masak. Tapi nasib tak baik masa hari kedua kami pergi ke Jungraujoch, cleaner masuk bilik dan nampak periuk nasi kami then diorang simpan sampai checkout baru pulangkan balik..haih salah kami jugak la tak sorokkan.

Ni lah hostel kami betul2 mengadap Swiss Alps
Petang tu kami jalan2 dekat kawasan town ni. Kecil ja kawasan town ni pusing dua kali dah boleh hafal dah jalan dia kat sini. Bersih ja town dia dan orang2 dia memang peramah. Tapi nak shopping dekat sini memang agak mahal sikit sebab duit Swiss France pun memang tinggi dari Euro. So, jalan cuci mata jelah. Swiss memang terkenal dengan brand jam dan sepanjang jalan penuh dengan kedai jam. 







Esoknya kami p naik gunung Jungfraujoch, kat sini la tempat nak main salji..eee..tashabarnyerr..makin lama daki semakin nampak kawasan salji lagi la excited. Bukan main lagi guling2 atas salji sampai basah habis seluar. Sejuk tak payah cakap la mengigil ni pegang salji..yang penting dapat jugak pegang salji..hahaha











Haa..lepas dah main salji, lapar la apa lagi sejuk2 gini.. nak makan kt cafe dekat situ memang tak halal la so kami dh prepare bekalan nasi goreng makan dengan seruding. Tapi terpaksa la makan dekat penjuru beramai2


Memang pengalaman paling berharga pergi ke Swiss. So far the most beautiful country I have ever seen. Kalau boleh nak pergi honeymoon dekat sini boleh future husband?*hahaha..okay melawak ja nanti lari orang xnak kawin dengan i..So till then next europe trip to Frankfurt, busy city and only one night stay at Frankfurt.

Thanks for reading my entry!!!


Sunday 20 December 2015

My Europe Trip 2015 Part I

Assalamualaikum,

Ternyata setelah lama x update travel blog ni idea pun semakin kurang dan ayat pun tungang langgang. Maybe sejajar dengan peningkatan usia kut. So, sebelum jadi makin pelupa better H mengabdikan kenangan europe trip bulan April 2015 bersama family tercinta.

Alkisahnya plan nk ke europe ni pun hanya mengambil masa singkat. Langkah pertama ialah membeli tiket flight dulu. Actually masa awal2 tu kami hanya beli tiket untuk H, and parents ja.. Abang and kakak H x confirm lagi nak ikut disebabkan kekangan cuti. Tetapi at the very last minute depa boleh ikut mungkin jealous dengan tempat2 yang H dah plan untuk pergi.hahaha..Tapi kakak H kena balik awal so ada beberapa negara yang dia x follow. Tulah sapa suruh nk ikut time final year nak hantar tesis. And trip kali ni ada additional family member which is my mak su, adik abah. Total orang yang pi trip kali ni ialah 7 orang.

Jadi berangkatlah kami semua pada malam 16 April 2015 ke destinasi pertama iaitu Paris. Total negara yang kami akan lawati ialah 5 negara iaitu France, Switzerland, Germany, Belgium dan kami akan balik dari Amsterdam, Netherlands.



My cousin x dapat ikut




Perjalanan mengambil masa 13 jam di mana sepanjang perjalanan H tido and tgk movie ja and menghitung berapa jam lagi nak sampai.

Setibanya di Charles de Gaulle airport,Paris, kami menaiki train ke Terminal 3. Dari Terminal 3 baru kami beli tiket ke stesen Gare du Nord. Hotel yang kami nak check-in terletak berhampiran dengan stesen Gare du Nord. 


Dari stesen Gare du Nord ni actually walking distance ja dari hotel de'l Europe tempat penginapan kami. Tapi memandangkan xtau exact location, penat jugak la berpusing2 kat area sini sambil tarik beg yang berat dengan tin sardin dan maggi..hahaha..lantakla orang nak pandang ke apa tapi at last kami jumpa jugak hotel tu yang sebenarnya x jauh mana pun. Hotel de'l Europe ni tempat dia strategik dan harganya pun murah jugak. Hampir semua hotel kt area Gare du Nord ni H dh survey and yang ni yang paling murah dan selesa. Staf hotel pun sangat friendly. 





Hotel del'europe tempat penginapan selama berada di Paris

 Setelah check-in hotel, kami berehat solat dan makan sekejap sebelum melawat city of Paris. Yelah memandangkan hanya ada 2 malam ja dekat Paris kami kena maximize masa yang ada dekat sini.
Tempat pertama kami pergi ke Arc de Triomphe iaitu roundbout terbesar kat Paris ada 12 jalan connected dengan arc ni. Lepas tu kami p melawat Eiffel Tower, La Defense, dan Place de la Concorde. Kebanyakan tempat kami jalan ja sebab berdekatan kecuali La Defense kena naik train. 








Penat berjalan kita berehat sambil makan biskut

Market area Eiffel Tower





Hari kedua kami pi tempat yang jauh sikit berdekatan dengan Disneyland Paris iaitu La Valle Village shopping outlet. Kalau nak borong barang berjenama dengan harga yang murah sini la tempatnya. Serius x tipu murah lagi dari Malaysia even lepas dah convert duit ringgit. Kawasan ni memang besar sebab dia connected dengan shopping mall jugak. Tapi ada kisah yang x best jadi dekat sini..haihh walaupun dah berhati2 ada jugak yang sempat curi peluang. 








Habis shopping dengan jayanya kami pun p la cari barang souvenir sikit. Recommended tempat ialah di Sacré-Coeur Basilica. Rata2 orang kat sini pun suruh p tempat ni kalau nak cari souvenir. Nak kata murah tu xlah sangat sebab ni kawasan tourist tapi at least dia ada banyak option untuk souvenir dari T-shirt sampai la ke pinggan mangkuk.

So, selepas dh melawat kota Paris kami pun berangkat ke destinasi seterusnya di mana H lagi excited nak melawat tempat ni dari Paris. Perjalanan seterusnya menaiki train dari stesen Gare de Lyon. Tiket train ni dh di beli dari Malaysia lagi sebab takut sold out x berani nak walk in kat sini beli tiket.





 Negara seterusnya akan H sambung next entry. Ni serius x tipu perjalanan yang paling H ingat sepanjang hayat kut. Scenery yang tersangat la cantik rasa macam xnak balik nak hidup sampai ke tua tengok scenery macam tu.

Swiss here I come!!!


Thanks for reading my entry!!